Skip to main content

Menu Buka Puasa Hari Ini....


MEE SIZZLING

Salam bulan Rejab untuk semua,,peace.lagi sebulan nak puasa Ramadhan,,kejap je dah nak raya lagi..raya 2012..nak kene beli baju raya, kasut raya,,tapi entry aku hari ni bukan topik raya,,tapi cerita pasal mee sizzling makanan kegemaran aku,,ishhh sedap nya lah,,biasa la tuh,nafsu orang puasa 1001 selera..padahal tekak 1 lorong je..tu name nya puasa melatih kite punya nafsu..belajar control nafsu hehehe..ape pun mai pakat ramai2 puasa sunat rejab and syaaban for coming soon..ganjaran berganda untuk anda sekalian..

*petang nih nak try la buat mee sizzling sendiri,,jadi ke tak,,balon je makan janji lepas kempunan aku nih,,hehe..sape nak try gak meh la tengok resepi ni..share dengan korang: 

Bahan-bahan:

  • 2-3 sanggul / gulung (yee mee) - dicelur.
  • 5 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 5 biji cendawan shitake (cendawan kering) - rendam hingga agak lembut, kemudian potong 4
  • Daging ayam - potong kecil-kecil
  • 3 biji cili kering - potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • sedikit minyak masak (utk menumis)
  • Sayur sawi dipotong panjang-panjang dan dicelur.
  • Telur ayam.

Cara membuatnya:

  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau sehingga masak. Masukkan serbuk lada hitam.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair.
  • Tambahkan 2 cawan air.
  • Masukkan cendawan yang telah dipotong.
  • Masukkan campuran tepung jagung dan garam secukup rasa. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
  • Kemudian siramkan kuah ini ke atas yee mee dan sawi yang telah dicelur.
  • Pecahkan telur atas hidangan yang masih panas.
  • Sedia untuk dihidangkan.
* semoga menjadi la percubaan aku petang nanti..


Comments

Kak iman said…
SEDApnyer...kite pong mkn hok bnd nh sekali je pah 2 xlalu nk mkn
AyuChannel said…
knp dh xlalu nk mkn,sedap gilerr dowhh

Popular posts from this blog

Kucing Comel

Assalamualaikum........... Selamat Hari Jumaat Kawan-Kawan............ Apa korang bikin pagi cenggini, sudah sarapan, jogging, kemas rumah, basuh pinggan, buang taik kucing...........Haaaa buang taik kucing haha sorry yang tengah makan tu )=, ibaratkan je taik kucing tu ulam yang berkhasiat hehehe. Actually, aku rasa dah berabad tak cerita pasal kucing dekat rumah aku, tak silap aku, 3 tahun yang lepas aku banyak lah cerita pasal kerenah kucing dekat rumah aku..... Sesiapa yang sayang dan minat kucing mesti dia tahu macam mana perasaan bila tak dapat jumpa dengan kucing kesayanganya dalam 1 hari, hehehe rindu siot...minggu depan aku kena pergi kursus 4 hari, sedih rasa nak tinggalkan kucing-kucing aku kat umah, pesan dekat emak jela nanti suruh bagi makan 2 kali sehari dengan buang taik dalam bekas. Untuk kucing kali nih aku siap belikan kandang baru 3 tingkat lagi tu, nak bagi kucing selesa punya pasal, untung kau kucing, special lagi 1, aku beli pasir kucing, macam kucing sebe...

Rumah 4 Musim, Bukit Cerakah

Assalamualaikum.......... Selamat pagi nak ke tengahari.............. Hai, selamat berkerja dan study untuk korang yang awesome...semalam cuti pergi berjalan mana, ke pergi makan kenduri pengantin...lama gila tak makan nasi minyak pengantin ni,,,siapa nak kawin invite la saya hehehe. Eh korang sebenarnya kan, aku nak cerita pasal aku dan kengkawan aku pergi melihat keindahan alam di Bukit Cerakah pada tahun 2013... haa mesti korang dah dapat tangkap kan cerita apa yang aku nak cerita ni, yes betul RUMAH 4 MUSIM, BUKIT CERAKAH   yang sangat best gila... ala-ala oversea kalau masuk rumah Salji. Al-kisah bermula dari Sabak Bernam, dan pecut ke Shah Alam (jalan tak busy pun)...tiba-tiba sampai di Tanjung Karang, kami ada terbau satu bau yang sangat busuk ibarat bau syaitan pehhh gila la, boleh accident siapa yang drive time tu, menggelupur kitaorang dalam kereta cari perfume, losyen. Bau tu berpunca dari sampah yang terjatuh kat tengah-tengah jalan, bentuknya macam bungkusan orang...

Trip ke Bali, Indonesia

Hai guy , Assalamualaikum and Morning. Hari ini iaitu first year aku muncul balik ke blog untuk share story dengan you all. Tahun lepas aku dengan kakak ipar aku ada pergi ke Bali untuk rehatkan otak dan sel-sel yang patut direhatkan. Seperti biasa sebelum pergi aku memang akan study tempat best di Bali and most important is Supir guys, Alhamdullilah dapat supir masuk air sama macam kita orang juga tak bosan series best. Gambar di atas adalah kos kami berdua untuk kesana, time aku beli ticket harga Rm 99 something sebab aku tahu ticket pergi sana selalu mahal, ada sale on je. OK sekarang ak nak promote the best supir in Bali. Company Name : Yanto Bali (+62 812-36540997) Person In Charges : Eady (+62 812-37824412) Saja cerita awal bab transport, nak bagi senang cite untuk yang sedang mencari supir ok settle, meh ak nak cerita kronologi kami semasa berada di sana hiuuuuw. Kami bertolak dari KLIA 2 pukul 1400 , 07/03/2018. Sebelum dan sesudah sampai supir sentiasa ...