Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

utamakan kesihatan

Malam ni aku ada satu berite tergempar untuk share dengan korang semua,,sila buka kan mate korang besar2,and buka otak korang biar faham..cerite gempak punya..aku tau korang semua kurang ambil berat pasal hal ni kan..meh ke bawah ni, kite baca keratan akhbar sumber metro :-                          KAJANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria. Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin. “Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,”