Skip to main content

Kucing Comel

Assalamualaikum...........
Selamat Hari Jumaat Kawan-Kawan............

Apa korang bikin pagi cenggini, sudah sarapan, jogging, kemas rumah, basuh pinggan, buang taik kucing...........Haaaa buang taik kucing haha sorry yang tengah makan tu )=, ibaratkan je taik kucing tu ulam yang berkhasiat hehehe.


Actually, aku rasa dah berabad tak cerita pasal kucing dekat rumah aku, tak silap aku, 3 tahun yang lepas aku banyak lah cerita pasal kerenah kucing dekat rumah aku..... Sesiapa yang sayang dan minat kucing mesti dia tahu macam mana perasaan bila tak dapat jumpa dengan kucing kesayanganya dalam 1 hari, hehehe rindu siot...minggu depan aku kena pergi kursus 4 hari, sedih rasa nak tinggalkan kucing-kucing aku kat umah, pesan dekat emak jela nanti suruh bagi makan 2 kali sehari dengan buang taik dalam bekas.


Untuk kucing kali nih aku siap belikan kandang baru 3 tingkat lagi tu, nak bagi kucing selesa punya pasal, untung kau kucing, special lagi 1, aku beli pasir kucing, macam kucing sebelum ni, aku bagi pasir yang bapak aku buat rumah. Kucing alaf baru ni memang bijak, sekali aku ajar, sekali je dia faham, berak dekat mana, tidur dekat mana, makan dekat mana, janji jangan sampai keluar rumah, habis nanti dia main dekat pasir bapak aku, dia main lambung-lambung taik mak dia yang besar.



tengok la tu, kemana saja, mesti bersama, yang itam tompok oren tu namanya Syasa lopez, yang tompok itam namanya Ompok, yang tompok oren namanya Gomok, yang oren tu Oyen...bagi nama senang-senang je, nanti nak daftar dekat JPN senang jugak ):


First time aku nak ajar suruh buang hadas besar dengan kecil dekat dalam bekas tu, diaorang tak tau, makan pasir tu adalah aishhh..dah pandai kencing dekat situ, diaorang buat tempat tidur pula, hala busuk la bulunya...dah menguap-nguap tu nak tidur la tu. poyo je la kau Ompok. Sekarang bekas najis diaorang dah besar..ada hari tu, mak dia nak tumpang sekaki buang hajat dekat situ aku apa lagi jerit la "oi mak nya, berak dekat luar lah, taik kau dah la besar"..


See, semangat tak aku, siap buat buaian untuk diaorang beradu, mak aku siap cakap kau nih sakan betul, kucing pun nak bagi buaian macam orang (mak aku cakap jowo...aku translate BM). Aku buat semua ni sebab aku jenis orang yang tak terlalu busy, abis 1 kandang tu aku gubah, cuma tak boleh buat hantaran la ):


Hadist Mengenai Kucing :
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


p/s : berbuat baiklah dengan haiwan, sesungguhnya mereka juga mahluk ciptaan Allah yang sangat comel dan anda akanmendapat ganjaran berbuat baik dan petua untuk murah rezeki juaga,

Comments

Popular posts from this blog

Rumah 4 Musim, Bukit Cerakah

Assalamualaikum.......... Selamat pagi nak ke tengahari.............. Hai, selamat berkerja dan study untuk korang yang awesome...semalam cuti pergi berjalan mana, ke pergi makan kenduri pengantin...lama gila tak makan nasi minyak pengantin ni,,,siapa nak kawin invite la saya hehehe. Eh korang sebenarnya kan, aku nak cerita pasal aku dan kengkawan aku pergi melihat keindahan alam di Bukit Cerakah pada tahun 2013... haa mesti korang dah dapat tangkap kan cerita apa yang aku nak cerita ni, yes betul RUMAH 4 MUSIM, BUKIT CERAKAH   yang sangat best gila... ala-ala oversea kalau masuk rumah Salji. Al-kisah bermula dari Sabak Bernam, dan pecut ke Shah Alam (jalan tak busy pun)...tiba-tiba sampai di Tanjung Karang, kami ada terbau satu bau yang sangat busuk ibarat bau syaitan pehhh gila la, boleh accident siapa yang drive time tu, menggelupur kitaorang dalam kereta cari perfume, losyen. Bau tu berpunca dari sampah yang terjatuh kat tengah-tengah jalan, bentuknya macam bungkusan orang...

Trip ke Bali, Indonesia

Hai guy , Assalamualaikum and Morning. Hari ini iaitu first year aku muncul balik ke blog untuk share story dengan you all. Tahun lepas aku dengan kakak ipar aku ada pergi ke Bali untuk rehatkan otak dan sel-sel yang patut direhatkan. Seperti biasa sebelum pergi aku memang akan study tempat best di Bali and most important is Supir guys, Alhamdullilah dapat supir masuk air sama macam kita orang juga tak bosan series best. Gambar di atas adalah kos kami berdua untuk kesana, time aku beli ticket harga Rm 99 something sebab aku tahu ticket pergi sana selalu mahal, ada sale on je. OK sekarang ak nak promote the best supir in Bali. Company Name : Yanto Bali (+62 812-36540997) Person In Charges : Eady (+62 812-37824412) Saja cerita awal bab transport, nak bagi senang cite untuk yang sedang mencari supir ok settle, meh ak nak cerita kronologi kami semasa berada di sana hiuuuuw. Kami bertolak dari KLIA 2 pukul 1400 , 07/03/2018. Sebelum dan sesudah sampai supir sentiasa ...