Hari ni nak share pasal personaliti seseorang,,jom layan:
1. Personaliti Pendiam
•lebih suka menyendiri
•sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan
sesuatu yang mereka sukai
•mudah merasa diketepikan dalam keramaian
•lebih suka memikir dan mencari penyelesaian
untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
•menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum
melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
•seorang pendengar yang baik, kurang gemar
dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri
hal orang lain
2. Personaliti Pemikir
•mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah
dan nama orang
•sering bertenang walaupun dalam suasana yang
menyebabkan orang lain panik
•yang penting dia mestilah benar setiap masa
•kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati
dan mudah mengkritik
•baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus
kerja peribadi
•suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum
membuat keputusan
(sumber dari google..tq)
Comments